|
erti kemerdekaan
Thursday, August 31, 2006
Assalamualaikum, Sobahul khair
Merdeka… Merdeka… Merdeka …. Mungkin ramai yang pernah mendgr laungan kemerdekaan ini yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman Putra Al – Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama tapi berapa orang kah yang pernah tertanya… apakah ertinya kita merdeka… apa kah yg telah bertukar dan bagaimana kah pertukaran ini berlaku.. apakah kesan dari peristiwa ini.. dan persoalan yang paling kritikal, bagaimanakah ianya diperolehi???? Merdeka mengikut makna teringkas ialah bebas dan dlm konteks merdekanya Malaysia ialah bebasnya Malaysia dari belenggu penjajah… berjaya menyusun atur kerajaan sendiri tanpa campur tangan pihak luar… walau bagaimanapun, kesan dari kemerdekaan ini amat byk sehinggakan melemaskan generasi sekarang utk mencari penyelesaian yang terbaik… bagaimana…. Apakah perkara yang terpaksa digalanggantikan sbg pertukaran kemerdekaan??? Bagi org melayu, hak kewarganegaraan perlu dikongsi secara jus soli di mana semua mampu mendapat hak warganegara sekiranya dilahirkan di sini… bagi kaum2 lain, mereka perlu menerima Islam sbg agama rasmi, hak raja2 melayu dan hak keistimewaan org melayu… pada peringkat awal perlaksanaannya, semuanya nampak begitu ideal… semua berada dlm keadaan yang terkawal tetapi selepas hampir separuh abad berlalunya tarikh keramat 31 ogos 1957, makin ramai yang mempersoalkan kerelevanan syarat2 kemerdekaan ini.. yang amat menyedihkan di mana ada kaum yang cuba menyalahkan kaum lain tanpa menyedari erti sebenar kemerdekaan.. aku tertanya2, dimanakah ianya akan berakhir?? Semakin hari perkara ini akan semakin meruncing.. segalanya dikira sbg isu sensitif sehinggakan perhimpunan agung MCA pun masih dipersoalkan keikhlasan pemimpin2nya… bygkanlah bagaimana salah satu parti komponen BN dipersoalkan tujuannya… kita semestinya x mahu tragedi 13 mei berulang kembali tapi siapakah kita utk menentukan masa hadapan???? Mgkin ramai yg membaca blog ini terdiri daripada golongan intelek yang mampu menterjemahkan maksud di sebalik merdeka tapi bagaimana dgn golongan yang hanya menerima fakta sahaja tanpa berfikir secara kritikal… urmmm… fikir2kanlah sahabat, ikhwan, adik2………….. |
introduction Name: Syahrir@TRex Age: somewhere in 30s Origin: the state wif 9 states in it Wishlist: searching for eternal peace & freedom profile ![]() Something worth pondering
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” time tagboard affiliates
..:: anasyhh ::.. ..:: chepah ::.. ..:: kak fidah ::.. ..:: afdlin ::.. ..:: gaban ::.. ..:: tapai ::.. ..:: mizie ::.. ..:: nina ::.. ..:: nora ::.. ..:: sha ::.. ..:: syu ::.. ..:: syaff ::.. ..:: alia ::.. ..:: adam ::.. ..:: shad ::.. ..:: syuffyq ::.. ..:: amad ::.. ..:: iena ::.. ..:: ira ::.. ..:: anne ::.. ..:: ceazar ::.. ..:: sha ::.. ..:: chepique ::.. ..:: memoriez ::.. ..:: newz ::.. ..:: ideaz ::.. ..:: animez ::.. ..:: frenzster ::.. recent entries archives
visitors hits |