lelaki vs perempuan????
Monday, July 10, 2006
Assalamua’laikum, sobahul khair..... Laporan ini diambil dr akhbar berita harian dan cuba teka, apakah jantina penulisnya??? Kecoh satu Malaysia apabila media melaporkan jumlah pelajar wanita bertambah ramai di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi sesi akademik Julai 2006/2007. Malah ada IPT mencatatkan jumlah peratusan tinggi bagi pelajar wanita seperti Universiti Utara Malaysia (73 peratus) dan Universiti Putera Malaysia dengan 70 peratus.Kenapa senario ini berlaku? Adakah lelaki di Malaysia sudah tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau tahap kecerdasan otak mereka semakin menurun berbanding wanita? Banyak pihak yang mengaku bimbang dengan keadaan ini, manakala lelaki pula bagaikan rasa tergugat dengan kehebatan wanita hari ini.Secara tidak langsung, perangkaan itu bagaikan mengukuhkan kenyataan bahawa lelaki di Malaysia sudah ketinggalan dalam bidang akademik memandangkan kajian menunjukkan pencapaian hebat wanita itu bukan perkara baru, tetapi sudah bermula sejak 1970-an lagi.Maka, timbul pelbagai andaian dan alasan bagi menidakkan kecemerlangan wanita itu. Antaranya ada yang mengatakan peratusan tinggi itu tidak memberikan gambaran sebenar kerana kononnya pelajar wanita ramai yang mengikuti jurusan tidak penting seperti Sastera dan Pendidikan, bukannya kursus utama seperti Kejuruteraan.Utama atau tidak, setiap kursus menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar tanpa mengira latar belakang. Itu yang lebih penting. Lagipun, kursus kejuruteraan hanya merangkumi peluang pekerjaan yang sedikit berbanding jurusan lain.Bagi saya, jawapan kepada peningkatan jumlah pelajar wanita di IPT itu mudah saja. Wanita hari ini lebih memikirkan masa depan diri dan juga keluarga mereka, terutama ibu bapa yang banyak berkorban bagi memastikan mereka mempunyai masa depan terjamin. Untuk itu, ramai pelajar wanita yang berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik kerana wanita hari ini tahu hanya menerusi pendidikan dapat menjamin masa depan mereka.Namun, kecewa sungguh apabila mendapati masyarakat di negara ini masih berfikiran terkebelakang. Ada bapa yang melihat cahaya mata perempuan sebagai kerugian kerana bagi mereka anak perempuan tidak boleh mendatangkan hasil kerana apabila besar kelak, anak berkenaan akan berkahwin dan meninggalkan keluarga.Pernah sekali, emak saya meluahkan kemarahan apabila seorang penduduk kampung yang menyambut kelahiran cucunya melahirkan kekecewaan apabila mendapati bayi berkenaan perempuan. Antara luahannya yang saya masih ingat ialah, 'Apalah nasib, dapat perempuan. Tak guna langsung. Bukan boleh tolong nanti'. Dalam konteks ini saya mempunyai pendapat berbeza. Saya yakin, ramai anak perempuan hari ini terutama yang bekerja lebih banyak membantu ibu bapa mereka bukan saja dari segi pemberian wang tetapi juga keperluan lain. Jika tidak banyak sekalipun, mereka tetap menyumbang kepada ibu bapa yang sudah semakin tua.Saya tidak perlu melihat jauh kerana apa yang saya katakan ini berlaku dalam keluarga saya sendiri dan juga rakan lain di unit ini. Keluarga saya terdiri daripada lima adik beradik, empat perempuan dan seorang lelaki. Mungkin bagi mereka yang berpandangan tradisi, ibu bapa saya rugi kerana mempunyai ramai anak perempuan.Tetapi, seperti adik lelaki saya, kami berempat turut memberikan sumbangan kewangan kepada ibu bapa di kampung walaupun tiga sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri. Memang mereka tidak pernah meminta, tetapi sebagai anak sudah tentu kita ingin melihat mereka bahagia dan tidak perlu bersusah payah pada usia tua.Saya kira ramai wanita lebih sedar keperluan ini berbanding anak lelaki, walaupun perlu diakui bukan semuanya begitu. Sebab itulah kita lihat sejak kebelakangan ini semakin ramai wanita yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi semata-mata kesedaran yang ada pada mereka itu. Jumpa lagi. Hehehe.. kalo anda teka lelaki, mmglah anda x boleh membaca/berfikir secara kritis.. gaya penulisan yang agak cenderung menyebelahi wanitapn dh cukup nk bagi hint siapa penulisnya.. bagi saya, kekurangan lelaki di IPTA bknlah bermaksud lelaki kurang berminat utk sambung belajar tp lelaki dijadikan utk menjadi pelengkap bg kaum wanita dan saya percaya kebykkan lelaki lebih suka membuat sesuatu yang praktikal dgn hidupnya dari teori semata2.. mgkin mereka ingin mempelajari kemahiran dahulu di luar sblm meneruskan pelajaran.. segulung ijazah x akan menjamin pekerjaan yang baik kan .. kena pulak zaman sekarang, peluang pekerjaan semakin hari semakin terhad.. apapun alasannya, fakta lelaki kurang di IPTA itu tidak boleh dinafikan… mcm masa aku kt UK dulupn, yg sambung MSc, 3 lelaki, 9 perempuan.. mgkin kerajaan kena start tubuhkan comm utk lihat perkara ini dan cari sebab mengapa… spekulasi tanpa asas akan membuatkan org lebih tertanya2….:) tp apapun aku lebey suka tgk kesan dari benda nih... percaya tak kalo aku ckp ini adalah antara penyebab mengapa ramai wanita menjadi bujang... tepuk dada tanya iman
|
introduction
Name: Syahrir@TRex
Age: somewhere in 30s
Origin: the state wif 9 states in it
Wishlist: searching for eternal peace & freedom
profile
Something worth pondering
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
time
tagboard
affiliates
recent entries
archives
visitors
hits
|